Khamis, 19 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011 "Terima Kasih Cikgu!"

Selamat Hari Guru!! Hari guru tahun 2011 telah disambut pada 16 Mei yang lepas. Teringat saya dgn apa yg ditulis oleh sasterawan kegemaran saya Allahyarham Usman Awang dalam sajaknya "Cikgu oh Cikgu", ' siapa pun kita pada hari ini, sejarahnya bermula dengan seorang guru biasa'. Wahh begitu mulianya tugas seorang guru :-). Dan walau siapa pun saya pada hari ini, adalah kerana jasa cikgu2 juga.. Terima kasih cikgu!!


Walaupun kerja sebagai cikgu tidak dipandang hebat pada hari ini, bagi saya anggapan itu salah kerana cikgulah yang paling hebat. Kerana cuma cikgu yang dapat memberikan ilmu dan mengajar semua insan yang ada di dunia ini termasuk raja dan juga pemimpin2 yang hebat. Apakah hebat sangat jika hari ini anda sebagai seorang CEO syarikat? anda seorang doktor? jangan sampai lupa asal usul di mana anda bermula..bukankah dari seorang guru biasa juga? Subhanallah..
Lalu anda mudah lupa dengan anggapan, seorang guru biasa tidak sepadan dan tidak setaraf untuk berganding dengan seorang doktor yang hebat. Biarlah mereka dengan kesombongan mereka usahlah bersedih.




Sekurang-kurang saya bersyukur kerana hari ini saya seorang guru pendidikan khas. Sabar dan berharap sepanjang hayat menjadi insan yang bertanggungjawab menyumbangkan ilmu dan tunjuk ajar untuk anak-anak kelainan upaya (oku), Insyaallah..Kata orang, cikgu yang paling sabar ialah guru pendidikan khas. Saya masih ingat lagi 2 minggu yang lepas semasa mengajar pelajar yang mengalami masalah mental, saya diludah di muka. Dengan tidak sengaja kerana terkejut lalu saya menarik buku latihan pelajar tersebut sehingga terkoyak sedikit. Dia mula menangis dan menunjukkan emosi yang tidak stabil dengan mengatakan ingin mengambil pisau hendak bunuh saya. Bimbang juga saya, tapi syukurlah selepas 5 minit saya pujuk semula pelajar saya dan menampal semula buku yang koyak itu. Itu semua pengalaman, tidak kiralah kita ni cikgu ape pun.


Walau bagaimanapun saya sentiasa berbangga dengan pelajar-pelajar saya kerana mereka semua cukup istimewa :-). Andai sampai masa saya akan berpindah dari bumi kenyalang ini, pasti rasa sedih bertamu di hati kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak yang istimewa ini. Biarpun kadang2 sewaktu mengajar cikgu marah2 tapi itulah sebenarnya tanda sayang. Hehe

Sabtu, 30 April 2011

Warna-warni Miri

Apa yang ada di sekitar sini. Keindahannya untuk diabadikan. Cuma bagaikan alam, untuk mengerti. Entah berapa lama lagi aku di sini. ;-)






































isu 5S

Isu yang semakin sering disebut2 sekarang ini, iaitu 5S. Besar cita2 orang atasan nak wujudkan sekolah yg berkonsepkn 5S di setiap ruang, sudut, bilik, pejabat, kelas2 dan lain2 tempat di sekolah. boleh terlaksanakah? selagi kepala sekolah sendiri pun masih sayangkan barang2 lama untuk dibuang dan dilupuskan. sinis :-). 5S (sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amalkan) Insyaallah berjaya dilaksanakan dimana2 jabatan asalkan semua kakitangan bersatu hati dan sama2 bertanggung jawab kepada konsep 5S yang ingin dicapai.

Namun begitu perbezaan idea dan pendapat serta sikap mementingkan diri sendiri pada sesetengah kakitangan pastinya menjadi penghalang dalam mewujudkan sebuah keseragaman iaitu S yang ketiga. Waima ada juga di kalangan kita yang masih berkira dengan sedikit kos wang ringgit yang bakal di keluarkan untuk cemerlang dalam 5S. Oleh yang demikian, untuk melihat konsep 5S ini berjaya dilaksanakan atau tidak, pihak sekolah bukan hanya perlu bermesyuarat tentang konsep 5S ini seberapa kerap yang boleh, tapi mulakan gerakan S yang pertama dari sekarang. Mulakan dengan orang atasan dahulu dan seterusnya diikuti kakitangan2 bawahan. Mane yang tidak berharga perlu segera sisihkan..jom mulakan 5S kita!

Sabtu, 26 Februari 2011

its my live..

Susah betul nk cari selipar yg sangat selesa, flat, comfort..akhirnya sudah jumpa! @bintang plaza miri. yay!!...i like hehe


Santa Barbara - Polo & Racquet Club

Merekalah yg bermain dgn cinta

Dengan harapan DIA mendengar..

Lalu dibutakan hatiku kerana cinta. Bertambah lalai hidupku. Bilakah cinta yang seperti ini akan berakhir dalam kebenaran?. Sedang masa bersabar dengan iman makin menghimpit hari ke hari. Permudahkanlah segala-galanya Ya Allah. urusan takdir hidupku ada di tanganMU. Sudahilah mereka yg mula galak mempermainkan cinta, jiwa dan hati yg goyah. Tamatkanlah semua ini... cinta yg palsu belaka. biar berakhir.

Sabtu, 7 Ogos 2010

apa yang berlaku hari ini, jalan kenangan hari esok

Apa yang berlaku hari ini, jalan kenangan hari esok. Cinta, paling bermakna buat diriku tapi tidak untuk dirinya, barangkali. Bukanlah ingin berbangga dengan pengalaman yang tak seberapa ini, cuma...tiada apa yang dapat dibanggakan. Adakah aku ini dicintai atau menjerat diri sendiri ke lembah cinta manusia yang tiada makna, tiada kepastian. Tiada kepastian dalam penantian. Janganlah sampai i'tikad ku salah mentafsir cinta manusia kali ini ya Allah, kerana aku sedar cintaku kepadaMU pun masih belum sempurna.

Sabtu, 31 Julai 2010

mungkin aku terlupa, aku siapa.

bila tiba saat aku tidak mampu untuk bermimpi dan mendengar suaramu..sedarkan apa yg aku terlupa sekian lama.. siapa aku, siapa dia.