Isu yang semakin sering disebut2 sekarang ini, iaitu 5S. Besar cita2 orang atasan nak wujudkan sekolah yg berkonsepkn 5S di setiap ruang, sudut, bilik, pejabat, kelas2 dan lain2 tempat di sekolah. boleh terlaksanakah? selagi kepala sekolah sendiri pun masih sayangkan barang2 lama untuk dibuang dan dilupuskan. sinis :-). 5S (sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amalkan) Insyaallah berjaya dilaksanakan dimana2 jabatan asalkan semua kakitangan bersatu hati dan sama2 bertanggung jawab kepada konsep 5S yang ingin dicapai.
Namun begitu perbezaan idea dan pendapat serta sikap mementingkan diri sendiri pada sesetengah kakitangan pastinya menjadi penghalang dalam mewujudkan sebuah keseragaman iaitu S yang ketiga. Waima ada juga di kalangan kita yang masih berkira dengan sedikit kos wang ringgit yang bakal di keluarkan untuk cemerlang dalam 5S. Oleh yang demikian, untuk melihat konsep 5S ini berjaya dilaksanakan atau tidak, pihak sekolah bukan hanya perlu bermesyuarat tentang konsep 5S ini seberapa kerap yang boleh, tapi mulakan gerakan S yang pertama dari sekarang. Mulakan dengan orang atasan dahulu dan seterusnya diikuti kakitangan2 bawahan. Mane yang tidak berharga perlu segera sisihkan..jom mulakan 5S kita!