Selamat Hari Guru!! Hari guru tahun 2011 telah disambut pada 16 Mei yang lepas. Teringat saya dgn apa yg ditulis oleh sasterawan kegemaran saya Allahyarham Usman Awang dalam sajaknya "Cikgu oh Cikgu", ' siapa pun kita pada hari ini, sejarahnya bermula dengan seorang guru biasa'. Wahh begitu mulianya tugas seorang guru :-). Dan walau siapa pun saya pada hari ini, adalah kerana jasa cikgu2 juga.. Terima kasih cikgu!!
Walaupun kerja sebagai cikgu tidak dipandang hebat pada hari ini, bagi saya anggapan itu salah kerana cikgulah yang paling hebat. Kerana cuma cikgu yang dapat memberikan ilmu dan mengajar semua insan yang ada di dunia ini termasuk raja dan juga pemimpin2 yang hebat. Apakah hebat sangat jika hari ini anda sebagai seorang CEO syarikat? anda seorang doktor? jangan sampai lupa asal usul di mana anda bermula..bukankah dari seorang guru biasa juga? Subhanallah..
Lalu anda mudah lupa dengan anggapan, seorang guru biasa tidak sepadan dan tidak setaraf untuk berganding dengan seorang doktor yang hebat. Biarlah mereka dengan kesombongan mereka usahlah bersedih.
Sekurang-kurang saya bersyukur kerana hari ini saya seorang guru pendidikan khas. Sabar dan berharap sepanjang hayat menjadi insan yang bertanggungjawab menyumbangkan ilmu dan tunjuk ajar untuk anak-anak kelainan upaya (oku), Insyaallah..Kata orang, cikgu yang paling sabar ialah guru pendidikan khas. Saya masih ingat lagi 2 minggu yang lepas semasa mengajar pelajar yang mengalami masalah mental, saya diludah di muka. Dengan tidak sengaja kerana terkejut lalu saya menarik buku latihan pelajar tersebut sehingga terkoyak sedikit. Dia mula menangis dan menunjukkan emosi yang tidak stabil dengan mengatakan ingin mengambil pisau hendak bunuh saya. Bimbang juga saya, tapi syukurlah selepas 5 minit saya pujuk semula pelajar saya dan menampal semula buku yang koyak itu. Itu semua pengalaman, tidak kiralah kita ni cikgu ape pun.

Walau bagaimanapun saya sentiasa berbangga dengan pelajar-pelajar saya kerana mereka semua cukup istimewa :-). Andai sampai masa saya akan berpindah dari bumi kenyalang ini, pasti rasa sedih bertamu di hati kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak yang istimewa ini. Biarpun kadang2 sewaktu mengajar cikgu marah2 tapi itulah sebenarnya tanda sayang. Hehe