Arwah Datuk & Arwah Bapa saudaraku
Aku sempat bertemu dengan arwah datuk buat kali terakhir sebelum arwah dikebumikan. Saat yang paling menyedihkan buat diriku kerana kehilangan datuk tersayang. Sebelun itu, aku mempunyai niat untuk menghadiahkan kemeja untuk arwah datuk sebagai hadiah sempena aku telah bekerja sebagai guru. Aku sungguh terkilan kerana kepulangan ku sebelum kematian arwah, aku tidak membawa pulang buah tangan untuk datuk..jadi aku berjanji pada diri ku sendiri untuk membelikan kemeja berwarna putih untuk arwah pada kepulanganku untuk menyambut hari raya nanti.. arwah suka memakai kemeja. Tapi sayangnya semuanya tak sempat bagiku dan tiada lagi kesempatan itu...
Datuk pulang ke rahmatullah pada 13 Julai 2009 ketika waktu maghrib..Aku terkejut setelah mendapat berita ini dan pulang segera ke kampung dari Miri-KL-KB. Aku tidak dapat menahan sedih dan sebak sehingga menitis air mataku setibanya aku di airport di saat kakak menceritakan tentang pemergian arwah datuk. Sesungguhnya aku teramat hampa dan sedih..aku kecewa untuk menerima kenyataan ini. Arwah datuk menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah mengadu sesak nafas dan tersedar dari pengsan. Aku turut merasa lega kerana mendengar cerita bahawa arwah sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana pada saat itu 2 org anak arwah, ibu saudaraku dan bapa saudara ada bersama dan mengajar datuk untuk mengucap sebelum arwah pergi.
Ya Allah aku rindukan dia, mungkin my mom dan anak-anak datuk yang lain turut merindukannya.Bagaimana aku tidak rindukan arwah datuk ku yang memiliki peribadi yang baik, begitu sayangkan anaknya, cucunya..sifatnya tak sama dengan nenek, sentiasa bersabar dengan kerenah nenek yang kadang-kadang suka membebel. Datuk seorang yang bertanggungjawab..tak akan ada seorang pun yang boleh menggantikan sifat seperti mana yang dimiliki oleh datuk. Namun apa kan daya...Ya Allah ENGKAU lebih menyayangi datuk. Kami semua kehilangan orang yang kami sayangi..apatah lagi nenek, hilang suami dan hilang tempat bergantung. Sehinggalah Ramadan 2009 menjelma dan Aidilfitri yang mulia muncul lagi..Hari raya yang disambut begitu dingin tanpa arwah datuk, namun begitu kami tidak lupa untuk berkunjung ke pusara datuk dan sedekahkan ayat suci al-Quran.
Selepas 100 hari kematian arwah datuk, bapa saudaraku yang sulung pula pulang ke rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan jln raya, dan meninggal dalam koma. ini sememangnya satu tekanan besar buat nenek yg baru sahaja kehilangan datuk dan kini hilang anak sulungnya juga. Semua ini adalah takdir tuhan, kami tiada hak untuk katakan tidak di atas apa yg telah terjadi, dan hanya mampu bersabar di atas ujian yang diberi. Walau bagaimanapun, aku tidak berkesempatan bertemu dengan arwah bapa saudaraku, kerana kekangan kerja dan jauh dirantau. Aku sentiasa doakan kesejahteraan arwah datuk dan pak long dan sedekahkan al-fatihah setiap kali selepas solat. Aidil adha yang disambut oleh kelurgaku tahun ini..tanpa bapa saudaraku, dan aku juga tidak dapat pulang beraya bersama kerana tugas. Semoga apa yang berlaku terhadap keluarga kami, akan memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja. Semoga nenek juga dapat terus bersabar dgn ujian tuhan dan menguatkan keimanannya kepada Allah, kerana kenyataannya setiap manusia akan mati akhirnya. Begitu juga kepada ahli keluarga ku yang lain..setiap apa yang berlaku pasti ada iktibar yang harus diambil. Semoga semua ini akan menguatkan keimanan kita kepada Allah.
note: Setiap kali pergi ke rumah nenek terasa kesunyian yang betul2 mengusik hati..segalanya telah berubah, terasa janggal seperti ada sesuatu yang tiada..di saat itu, aku rindu dan teingatkan seseorang, Ya Allah..


Hani Arina suka membuat aksi untuk menarik perhatian