Rabu, 9 Disember 2009

2009 cerita tentang pemergian

Aku teringat dan rindukan seseorang;

Arwah Datuk & Arwah Bapa saudaraku

Aku sempat bertemu dengan arwah datuk buat kali terakhir sebelum arwah dikebumikan. Saat yang paling menyedihkan buat diriku kerana kehilangan datuk tersayang. Sebelun itu, aku mempunyai niat untuk menghadiahkan kemeja untuk arwah datuk sebagai hadiah sempena aku telah bekerja sebagai guru. Aku sungguh terkilan kerana kepulangan ku sebelum kematian arwah, aku tidak membawa pulang buah tangan untuk datuk..jadi aku berjanji pada diri ku sendiri untuk membelikan kemeja berwarna putih untuk arwah pada kepulanganku untuk menyambut hari raya nanti.. arwah suka memakai kemeja. Tapi sayangnya semuanya tak sempat bagiku dan tiada lagi kesempatan itu...


Datuk pulang ke rahmatullah pada 13 Julai 2009 ketika waktu maghrib..Aku terkejut setelah mendapat berita ini dan pulang segera ke kampung dari Miri-KL-KB. Aku tidak dapat menahan sedih dan sebak sehingga menitis air mataku setibanya aku di airport di saat kakak menceritakan tentang pemergian arwah datuk. Sesungguhnya aku teramat hampa dan sedih..aku kecewa untuk menerima kenyataan ini. Arwah datuk menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah mengadu sesak nafas dan tersedar dari pengsan. Aku turut merasa lega kerana mendengar cerita bahawa arwah sempat mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana pada saat itu 2 org anak arwah, ibu saudaraku dan bapa saudara ada bersama dan mengajar datuk untuk mengucap sebelum arwah pergi.


Ya Allah aku rindukan dia, mungkin my mom dan anak-anak datuk yang lain turut merindukannya.Bagaimana aku tidak rindukan arwah datuk ku yang memiliki peribadi yang baik, begitu sayangkan anaknya, cucunya..sifatnya tak sama dengan nenek, sentiasa bersabar dengan kerenah nenek yang kadang-kadang suka membebel. Datuk seorang yang bertanggungjawab..tak akan ada seorang pun yang boleh menggantikan sifat seperti mana yang dimiliki oleh datuk. Namun apa kan daya...Ya Allah ENGKAU lebih menyayangi datuk. Kami semua kehilangan orang yang kami sayangi..apatah lagi nenek, hilang suami dan hilang tempat bergantung. Sehinggalah Ramadan 2009 menjelma dan Aidilfitri yang mulia muncul lagi..Hari raya yang disambut begitu dingin tanpa arwah datuk, namun begitu kami tidak lupa untuk berkunjung ke pusara datuk dan sedekahkan ayat suci al-Quran.


Selepas 100 hari kematian arwah datuk, bapa saudaraku yang sulung pula pulang ke rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan jln raya, dan meninggal dalam koma. ini sememangnya satu tekanan besar buat nenek yg baru sahaja kehilangan datuk dan kini hilang anak sulungnya juga. Semua ini adalah takdir tuhan, kami tiada hak untuk katakan tidak di atas apa yg telah terjadi, dan hanya mampu bersabar di atas ujian yang diberi. Walau bagaimanapun, aku tidak berkesempatan bertemu dengan arwah bapa saudaraku, kerana kekangan kerja dan jauh dirantau. Aku sentiasa doakan kesejahteraan arwah datuk dan pak long dan sedekahkan al-fatihah setiap kali selepas solat. Aidil adha yang disambut oleh kelurgaku tahun ini..tanpa bapa saudaraku, dan aku juga tidak dapat pulang beraya bersama kerana tugas. Semoga apa yang berlaku terhadap keluarga kami, akan memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja. Semoga nenek juga dapat terus bersabar dgn ujian tuhan dan menguatkan keimanannya kepada Allah, kerana kenyataannya setiap manusia akan mati akhirnya. Begitu juga kepada ahli keluarga ku yang lain..setiap apa yang berlaku pasti ada iktibar yang harus diambil. Semoga semua ini akan menguatkan keimanan kita kepada Allah.
note: Setiap kali pergi ke rumah nenek terasa kesunyian yang betul2 mengusik hati..segalanya telah berubah, terasa janggal seperti ada sesuatu yang tiada..di saat itu, aku rindu dan teingatkan seseorang, Ya Allah..

Selasa, 8 Disember 2009

Rindu masakan kampung

Bila cerita bab-bab makanan ni memang aku suka sangat. Tambahan pula masakan kampung. Semenjak tinggal di negeri org ni..selalu je mengidam nak makan itu ini..kalah org mengandung huhu. Teringin nak makan masakan my mom...bukan senang. Masa di miri teringin nak makan ikan tilapia, ikan siakap, puyuh goreng, kerabu jantung pisang, keli atau puyu bendang bakar/goreng garing dan juga masakan kampung yang aku biasa makan kat rumah kat kg..ikan goreng dengan sayur lemak putih pun sodap. sedapnya...nyum..nyum




Bila dah balik ke semenanjung masa cuti sekolah ni apa lagi..jumpa je ikan talapia aku angkat seekor, sedapnya dah lame sgt nk mkn hehe. Singgah dkt Bangi makan nasi dengan sayur lemak, sedapppp. Bila balik kampung pulak my sis msk gulai lemak telur ikan, gulai udang dan ikan siakap walaupun goreng aja pun tetap sodap. ikan siakap kalau masak 3rasa memang paling sedap in the world la...i like it! ooh.
Bila aku balik semula ke Miri, mkn macam biasalah instant foods, sugar bun,KFC, Mc D..tapi nasi lalapan kat restoran Damai Setia sedap jgk untuk dinikmati jarang-jarang sekali. Susah nak jumpa masakan kampung macam kat semenanjung huhu.
Note: paling xsuka sosej dan telur mata yg x masak :(

Anak-anak saudaraku

Setiap kali pulang bercuti ke kampung, baru aku sedari bahawa masa begitu cepat berlalu di saat melihat anak-anak saudara semakin membesar walaupun ketika waktuku pergi meninggalkan mereka masih kecil. itulah tandanya aku bukan semakin muda tetapi semakin tua. Suraya Safiyyah akan menginjak ke umur 6 tahun pada tahun depan, Muhammad Shahrullah pula akan memasuki umur 4 tahun, dan Hani Arina akan memasuki umur 3 tahun. Malah anak saudaraku bakal bertambah seorang lagi pada tahun depan.

Suraya Safiyyah dan Muhammad Shahrullah

Hani Arina suka membuat aksi untuk menarik perhatian

Macam-macamlah gelagat anak-anak saudaraku. Di antara mereka semua, Shahrullah yang paling nakal. Tidak lama lagi akan sampai suatu saat dimana anak-anak saudaraku akan memasuki umur remaja dan menjadi anak dara dan teruna..

Isnin, 9 November 2009

Setahun sudah berlalu...

Sedar tak sedar..sudah setahun aku menjadi pendidik di rantau org. Rasa rindu sgt2 untuk plg mgjr di negeri asal. Pengalaman di rantau org walau setahun ini sudah cukup memeritkan aku, aku lihat asal-usul masyarakat sgt berbeza..perbezaan kaum, taraf hidup, cara berfikir, sosial dan latar belakang orang2 menambahkan rasa syukurku kepada ALLAH..Alhamdulillah.

Berbulan2 aku pujuk hati untuk redha dgn takdir di postingkan ke sini..Miri, bkn destinasi impianku untuk menabur bakti..aku mencari hikmah di sebalik semua kenyataan ini.. Yang sentiasa aku fikir, masalah....masalah, ini itu semua masalah..Ya Allah lapangkan dadaku, berilah ketenangan di jiwaku,bantulah aku untuk redha dan sabar dengan takdirmu...maafkan daku yang sentiasa mengeluh, kerana aku tahu aku cuma hambaMU yg hina.

Apabila kita masuk ke dlm bidang dan sistem pendidikan yg sebenar2nya baru aku tahu ia tak seindah impian ketika wktu bljr dulu.. komunikasi mnjd mslah utama semasa mgjr..di tambah pula dgn diberi tggjwb mgjr BI, aku makin stress, aku fikir kenape aku kna mgjr BI, maka trpksa la aku mgjr subjek itu dgn x seberapa ikhlas. Ketika itu kelakar la jgk mengajar dan belajar BI sama byk ttp sebenarnya sedikit sebanyak ia memperbaiki kelemahanku dan mnmbahkan keyakinan aku utk speaking wlaupn tak competence kerana vocab yg msh kurang...lg. Inilah satu lg kemanisan hikmah tuhan berikan...baru aku sedari, dr apa yg kita ajar ..mgkin jg pelajaran berguna buat diri kita,begitulah sebaliknya. Itulah ilmu dr pglmn. Subhanallah, Allah Maha Mengetahui..

Dari stress jatuh pada rasa sedih. sedih sangat2 kerana kawan yg plg rapat dari saat first time posting di sini..dialah coursemate, rakan sejawat, teman sebilik dan org yg selalu kna tempias bersama (dr buah mulut org yg busuk) sah dpt pndh blk semennjung mengikut suami..pastinya satu kehilangan besar bagiku. Mgkin selepas ini aku tidak lg gembira seperti hari ini dan semalam. Jalan sana-sini travel bndar miri.. jln kaki smpai nk pgsan..xkisah la sbb berdua.bgmna nnt bila aku keseorgn..semoga prjlnan hidupku di sini untuk masa yg akn dtg tidak segetir mana. Walau hanya dengan pglmn yg sthun cuma ini aku harap dapat membantu aku untuk hidup berdikari, bergaul ceria dgn kwn2 yg tggl, lebih tabah untuk mghadapi stress, musibah, rasa sedih dan putus asa..moga Allah sentiasa tunjukkan jalan yg benar dan jln penyelesaian bg setiap masalah yg ku hadapi. Agar aku tak putus mengharap Rahmat ALLAH, dan ikhlas dalam mendidik, InsyaAllah..

Selasa, 3 November 2009

Mengubat kesedihan

Tidak seorang pun yang ditimpa kesusahan, kesukaran, sedih dan gelisah lalu ia berdoa, sehingga Allah menghapus kesedihannya, dan menggantinya dengan kegembiraan. Untuk itu jangan bersedih, capailah bahagia dengan merayu dan merintih dalam kenikmatan doa kepada Allah yang Maha Mendengar...

Jumaat, 30 Oktober 2009

Redhalah dengan semua yang ada dalam jiwamu

Jika aku menyendiri pada keraguan di kegelapan
Jiwa mengajak untuk mengenang jalan kecewa dan kesilapan
Maka malulah pada pandangan tuhan dan katakan
Sesungguhnya Yang menciptakan kegelapan melihatku
Maka malulah engkau untuk sujud dan berserah padaNYA
Tika langit pintunya terbuka luas untuk menampung permohonanmu
Saat keindahan dunia milikNYA manfaat pada hamba
Engkau merayulah cinta dan bahagia dari milikNYA
Sesungguhya segala duka dan senang yang datang
Penilaian sebuah kehidupan
Maka setiap duka dan senang mu perlukan sikap redha
Pujuklah dirimu terima maghfirah dariNYA
Redhalah dengan semua yang ada dalam jiwamu
DENGAN SEMUA YANG ADA DALAM JIWAMU

Tidaklah masa muda seperti sesuatu yang ada ditangan dan terjatuh kemudian

aku menangis kerana masa muda dengan air mataku,
namun tidak berguna tangisan dan juga ratapan
kiranya masa muda dapat kembali sehari
maka aku akan memberitahukan apa yang dilakukan masa tua
............Abu al 'Atahiyah

Jumaat, 23 Oktober 2009

Yang pergi tak kembali...

Antara sahabat dan teman sepanjang menuju kedewasaan...ada yang telah pergi..pergi tak kembali. Aku pernah merasa kehilangan yang sangat menyakitkan kerana setiap khabar pemergian yang datang menambat sayu di hati... Tanpa ucapan selamat tinggal...mereka telah pergi selamanya. Innalillah.. semoga Allah merahmati arwah sahabat dan temanku. Amin..

Arwah, terkorban dalam tragis.

KEMAMAN – “Saya pilu melihat anak saya, Wan Norzaidan Wan Ngah, 23, tercampak keluar ketika kren sedang mengangkat kenderaannya yang terbenam di dalam sungai.”
Itulah kata Zainun Salim, 57, setelah melihat rakaman telefon bimbit orang awam yang merakamkan kerja-kerja menyelamat pukul 3 petang pada hari kejadian tiga hari lalu.
Menurutnya, rakaman itu telah dimuat turun ke telefon adik mangsa, Wan Azimah Wan Ngah, 22.
“Sampai hari ini saya masih terbayang macam mana keadaan anak saya tercampak keluar dari kenderaan itu ketika diangkat kren dan terus hilang. Saya sedih sebab dia gagal diselamatkan dengan segera.
“Tapi saya tak nak salahkan mana-mana pihak dan saya anggap apa yang berlaku adalah takdir Tuhan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Saujana di sini semalam.
Wan Norzaidan yang merupakan kakitangan Jabatan Perlindu- ngan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hilang di Sungai Kerteh, Ahad lalu dan mayat- nya ditemui pukul 10 pagi semalam.