Apa yang berlaku hari ini, jalan kenangan hari esok. Cinta, paling bermakna buat diriku tapi tidak untuk dirinya, barangkali. Bukanlah ingin berbangga dengan pengalaman yang tak seberapa ini, cuma...tiada apa yang dapat dibanggakan. Adakah aku ini dicintai atau menjerat diri sendiri ke lembah cinta manusia yang tiada makna, tiada kepastian. Tiada kepastian dalam penantian. Janganlah sampai i'tikad ku salah mentafsir cinta manusia kali ini ya Allah, kerana aku sedar cintaku kepadaMU pun masih belum sempurna.